Wednesday, December 29, 2010

Album baru Fairuz & As Soliheen

Syukur Alhamdulillah di atas segala limpah kurnianya Syarikat Permata Gemilang telah berjaya merakam dan menerbitkan album kedua Fairuz berjudul '' Ada Cinta Ada Rindu '' dan album pertama As Soliheen dari Pulau Langkawi berjudul '' Satu Tekad ''. Rakaman album Fairuz dan As Soliheen yang bermula pada bulan Ogos 2010 berjaya siap sepenuhnya pada awal bulan Sept. 2010 dan telah mula dipasarkan. Gerak kerja rakaman dan muzik telah disempurnakan dengan jayanya oleh Mohammad Din Hanifa ( As Salam ) di As Salam Studio.

Album kedua Fairuz  berjudul '' Ada Cinta Ada Rindu '' memuatkan 9 lagu yang pastinya memuaskan hati semua seperti Ada Cinta Ada Rindu, Rindu Padamu, Hanya Padamu, Insan Bergelar Teman dan lain- lain lagi yang mana lagu-lagu dalam album kali ini hasil gabungan komposer Mohammad Din Hanifa, Muhammad Fikri, Puan Juraini, Muqsit dan Nazor.

As Soliheen yang tampil dengan album pertama mereka berjudul '' Satu Tekad '' memuatkan 8 lagu, 1 keroncong 3 sajak dan doa. Album ini menjanjikan kepuasan kepada para pendengar dengan lagu-lagu yang pastinya memuaskan hati seperti Keluarga Bahagia, Hakikat Kehidupan, Buatmu Ibu dan istimewa dalam album ini sebuah lagu sejarah dalam mengimbau kejadian 25 tahun yang telah berlaku iaitu Darah Memali. Rakaman album ini juga turut melibatkan Ust. Rosli Azmi (S/U Dewan Pemuda PAS Kedah) yang mantap bersajak. Lagu-lagu di dalam album ini hasil gabungan Muhammad Fikri, Ismail Hasyim, Ustz. Sarina dan Muqsit.

Pihak syarikat mengharapkan agar kehadiran kedua album ini dapat memberikan manafaat dan teladan kepada semua. Insyaallah

 Gabungan Fairuz & As Soliheen

 Kyusuk Ust. Fadil dengaq lagu nooo

 Proses Rakaman

Bergambar di hadapan studio

 Bergambar di perkarangan Sekolah Memali

 Alhamdulillah siap semuanya...

 Naik feri ke penang selesai rakaman

 Makan cendoiii dulu kt Padang Kota

Bazli & Ridzuan selepas record....letih kee

 Mantap dan bergaya.....BG Din kitooo

 Ukhwah dierat sesama kita yeee

 Kecil2 cili api niii....virus virus

 Sebahagian ahli Kumpulan As Soliheen bersama Mohammad Din Hanifa

 Muqsit penuh penghayatan untuk lagu Hanya Padamu...waktu niii dekat pukul 2 pagi

 Gandingan bersama Mohammad Din Hanifa & Muhammad Fikri Razak

 Sebahagian dari Kumpulan Fairuz bersama Mohammad Din Hanifa & Pengurus

0 comments:

Post a Comment

Segala karya di dalam blog ini adalah hak milik terpelihara.
Sebarang peniruan adalah dilarang
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More