Friday, January 28, 2011

AKU JATUH CINTA KERANA ALLAH




Ku pandang dia
Ku lihat dia
Hatiku jatuh cinta
Ku renunginya
Hati tergoda
Cinta di hati berbunga

Ku dekatinya
Merisik berita
Untuk dilamar buat permaisuri
Khabar ku terima
Dia belum berpunya
Menanti takdir pencipta

Kukirimkan doa
Pada yang esa
Mohon petunjuk hidayah daripadanya
Adakah dia untuk diriku
Atau hanyalah mainan nafsu

Ku jatuh cinta
Kepada dia
Bukan kerana rupa dan harta
Ku jatuh cinta hati tergoda
Kerana agamanya

Percayalah aku jatuh cinta
Kerana ALLAH YANG ESA
Bukan kerana nafsu di jiwa
Bukan kerana syaitan yang meggoda

Separuh agama telah dilaksana
Agar mudah urusan selebihnya
Dengan dia disamping sentiasa
Insyallah jalan dakwahku sinar bercahaya

Dengan……petunjuk darimu YANG ESA

0 comments:

Post a Comment

Segala karya di dalam blog ini adalah hak milik terpelihara.
Sebarang peniruan adalah dilarang
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More