This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Friday, January 28, 2011

AKU JATUH CINTA KERANA ALLAH




Ku pandang dia
Ku lihat dia
Hatiku jatuh cinta
Ku renunginya
Hati tergoda
Cinta di hati berbunga

Ku dekatinya
Merisik berita
Untuk dilamar buat permaisuri
Khabar ku terima
Dia belum berpunya
Menanti takdir pencipta

Kukirimkan doa
Pada yang esa
Mohon petunjuk hidayah daripadanya
Adakah dia untuk diriku
Atau hanyalah mainan nafsu

Ku jatuh cinta
Kepada dia
Bukan kerana rupa dan harta
Ku jatuh cinta hati tergoda
Kerana agamanya

Percayalah aku jatuh cinta
Kerana ALLAH YANG ESA
Bukan kerana nafsu di jiwa
Bukan kerana syaitan yang meggoda

Separuh agama telah dilaksana
Agar mudah urusan selebihnya
Dengan dia disamping sentiasa
Insyallah jalan dakwahku sinar bercahaya

Dengan……petunjuk darimu YANG ESA

Tuesday, January 11, 2011

BUATMU WANITA


Merdu suaramu mengalun bicara
Manis senyummu menutur kata
Lemah langkahmu sopan di jaga
maruah di bela dari dinoda

cantik dirimu bukan dari rupa
indah akhlakmu menawan di jiwa
menahan bujur panah asmara
bisikan syaitan merosak segala

setiap langkahmu tersusun indah
bukan kerana menggoda jiwa
namun itulah hiasannya
kecantikan wanita
anugerah dari yang esa

oh wanita sinarkan dirimu
dengan hiasan iman dan taqwa
moga terbela maruah di jaga
selamat dari nafsu durjana

pertahankan mahkota dan tahtamu
yang beharga hanya untuk suamimu
jangan biarkan ia dirampas mereka
yang berajakan nafsu di jiwa

........................................................................

Setitik keringatmu wanita
Amatlah besar nilainya
Disisi islam engkau utama
Melahirkan insan cemerlang
Pewaris kepada perjuangan
Didikanmu yang sempurna
Asas kegemilangan

Oh wanita engkau perhisan dunia
Berseri dengan wajah bercahaya
Disinar indah nilaian taqwa
Engkaulah wanita mulia
Wanita solehah



Saturday, January 8, 2011

RINDU SEORANG TEMAN

Berbisik syahdunya bergema
Suara rindu tak terhingga
Kepada memoriku yang lama
Bersama temanku semua

Indahnya ketika bersama
Menjalin ukhwah yang mesra
Membina jalinan bahagia
Antara kita semua

Oh teman dengarkanlah
Rintihan hati ini
Pilunya perasaan 
Mengenang kisah silam

Oh teman ku rindukan
Mesranya perhubungan
Di dalam perjuangan
Mencari keredhoan

Ya ALLAH tuhanku
Padamuku rayu
kuatkan iman di hatiku
Untuk menanggung
Bebanan rindu kepada
Teman-temanku




Friday, January 7, 2011

RINDU DEORANG ANAK

Tiada di dunia
Ibu jua ayahh
Sendirianku di sini
Terasa di hati rindu
Belaian manja kasihmu

Oh Ibu ku yang satu
Ku amat merindumu
Namun kau pergi tinggalkanku
Sedihnya hati
Hanya ALLAH ketahui
Kasihku buatmu ibu

Oh Ayah kasihmu
Masih bisa ku rasa
Pengorbanan yang mulia
Yang tiada nilaian
Kasih sayangmu
Oh ayah ku merinduimu

Dengarkan ya tuhan bisik hatiku
Doa kupanjatkan hanyalah kepadamu
Ampuni segala dosa ayah dan ibu
Tenang mereka di sana
Dan berjaya menuju ke syurga

Oh ibu dan ayahku
Sayangku padamu
Takkan pudar
Walau zaman beredar
Kerana engkaulah
Ayah dan ibu
Yang telah berkorban demiku
Ayah dan ibu

Wednesday, January 5, 2011

ADA CINTA DI HATI

Terasa di hati ku merindui
Sebuah cinta yang tak pasti
Terhanyutku di buai mimpi
Cinta apakah ini

Hadirnya menyenangkan jiwa
Gelisah tiada rasa
Dinginnya pelukan mesra
Itulah cinta yang ku damba

Bukan cinta manusia
Bukan cintakan harta
Pangkat jua rupa
Bukan yang ku cinta
Tetapi ia lahir dari jiwa
Cinta yang buat ku bahagia

Itulah cinta sejati
Yang abadi kekal hakiki
Selamanya tetap di hati
Membawa hingga ke syurgawi

Cintakan ALLAH itu sebenarnya
Segala cinta kerana dia
Kerana kasih dan jua cinta
Semua daripadanya

Itulah sebenarnya cinta
Yang ku cari selama ini
Rupanya yang ku alami
Cinta pada ilahii
Syukur padamu rabbi

Tuesday, January 4, 2011

SYUKUR

Sujudku
Syukur padamu tuhan
Di atas ketentuan
Nikmat yang ku rasakan
Anugerahmu tuhan

Ya ALLAH ku akui
Janjimu itu pasti
Kepada hamba ini
Yang mendambakan diri

Kau menguji ya allah
Hambamu ini
Adakah sabar
Atau kan kecundang

Kau redho Ya ALLAH
Kepada hamba yang redho
Dengan segala ujianmu
Kau murka Ya ALLAH
Pada hamba yang durjana
Yang derhaka pada takdirmu

Ujianmu di dunia
Menguji iman di jiwa
Antara hamba bertaqwa
Atau hamba yang derhaka

Ya allah nikmatku rasa
Bila sabarku dilambung masa
Terasa indahnya jiwa
Bila pintaku kau terima

Friday, December 31, 2010

Rintihan Hamba

Keheningan syhadu penuh ketenangan
Suara unggas memecah kesunyian
Seiring pilu sayu kedengaran
Rintihan pohon keampunan


Hamba yang kerdil terasa diri hina
Tika sujudku menyembah sang pencipta
Bersaksi air mata yang mengalir
Tanda bukti kasih dan cinta
Kepadanya....


Oh Tuhan ku tak berdaya
Menahan segala ujian yang menimpa
Seringkali ku leka dan terpedaya
Membawaku ke lembah murka


Ku harapkan padamu tuhan
Ampunilah dosaku
Agarkan bercahaya
Jalanku ke syurgammu


Ku rindu kasih sayangmu
Ku rindu pimpinanmu
Dan ku rindu sinar cintamu
Ya Tuhan.... Ya ALLAH


Ku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
Di pagi penuh indah
Ku dambakan kasihmu
Ya ALLAH.....

06.10 Pagi ( Yaman ) 01 Januari 2011

Wednesday, December 29, 2010

SENDA MALAM



Ketika malam melabuhkan sayapnya
Disulami bunyian penghibur malam
Aku sendirian
Merenung dan mengimbas kembali
Kenangan yang telah berlalu
Sebagai seorang hambamu

Perjalanan malam yang kian jauh
Aku menghamparkan diri
Menyembah pencipta alam
Air mata mengalir laju
Seiring hujan yang membasahi bumi

Ku perhambakan diri ini
Untuk mu ya allah
Aku berserah segalanya
Dengan ketentuanmu
Engkau sinarilah hidupku
Dengan cahaya lampu kerezhoanmu
Payungilah diriku
Dengan payungan rahmatmu
Agar aku menjadi hambamu

Yang taat dan bersyukur 
Ya allah
Andai diri ini
Masih sempat untukku bertaubat
Penuhilah hari-hariku
Dengan ingatan padamu
Agar aku kembali padamu
Dengan panggilan syurgamu



oleh Lagenda Srikandi pada pada 30hb Disember 2010 pukul 11.31 pagi

INDAHNYA CINTA ILAHI


Hibanya hatiku mengenang kisah lalu
Derita sengsara membaluti jiwa
Terkapar kapar diriku kelemasan
Dihanyut cinta semalam

Kerana cinta diriku terpedaya
Di dalam belukar jerat syaitan durjana
Bisikan nafsu meratah keimanan
Akhirnya ku ditewaskan

Mencari ku mencari
Cinta yang hakiki
Mencari ku mu mencari
Cinta yang abadi 

Syukur padamu ilahi
Di atas cinta ini
Tenang nya dapat ku rasai
Bila cintaku padamu Rabbi

Cintaku dulu cinta nafsu
Menghanyut diri ke lembah murkamu
Namun cintamu bukanlah palsu
Dengan hidayah kasihmu

Ya ALLAH damai hati
Dengan hijrah cinta ini
Kesyahduan ku rasai
Nikmat cinta ilahi


Segala karya di dalam blog ini adalah hak milik terpelihara.
Sebarang peniruan adalah dilarang
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More