This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, January 28, 2011

AKU JATUH CINTA KERANA ALLAH




Ku pandang dia
Ku lihat dia
Hatiku jatuh cinta
Ku renunginya
Hati tergoda
Cinta di hati berbunga

Ku dekatinya
Merisik berita
Untuk dilamar buat permaisuri
Khabar ku terima
Dia belum berpunya
Menanti takdir pencipta

Kukirimkan doa
Pada yang esa
Mohon petunjuk hidayah daripadanya
Adakah dia untuk diriku
Atau hanyalah mainan nafsu

Ku jatuh cinta
Kepada dia
Bukan kerana rupa dan harta
Ku jatuh cinta hati tergoda
Kerana agamanya

Percayalah aku jatuh cinta
Kerana ALLAH YANG ESA
Bukan kerana nafsu di jiwa
Bukan kerana syaitan yang meggoda

Separuh agama telah dilaksana
Agar mudah urusan selebihnya
Dengan dia disamping sentiasa
Insyallah jalan dakwahku sinar bercahaya

Dengan……petunjuk darimu YANG ESA

Sunday, January 16, 2011

PERTEMUAN BERSAMA Bazli UNIC

 Alhamdulillah....pada hari Jumaat malam Sabtu baru2 niii kami Kumpulan FAIRUZ berkesempatan bertemu dan mengambil sedikit manafaat dan mengutip pengalaman daripada vokolis Kumpulan UNIC iaitu Ust. Bazli. Pertemuan yang cukup bermakna ini cukup memberi erti buat kami dalam meneruskan lagi perjalanan dakwah melalui seni nasyid.





Pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam disertai oleh Ust Yusri, Ust  Farid dan 3 orang vokal Kumpulan FAIRUZ telah membuka ruang untuk kami lebih kedepan. Walaupun banyak komen dan kritikan yang dilemparkan, namun bagi kami ianya merupakan satu semangat yang akan kami genggam dalam meneruskan misi ini.

Insyaallah kalau berkesempatan kami akan berkerjasama dengan UNIC dalam single album yang akan datang...semoga cita2 ini berjaya.


PERSEMBAHAN FAIRUZ DI YAYASAN KHAIRIAH

Pada hari sabtu ( 8 Januari 2011 ) kumpulan FAIRUZ telah dijemput untuk mengadakan show di Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah, Baling atau lebih dikenali sebagai Pondok Pisang. Keletihan perjalanan yang panjang ini terubat dengan ribuan pelajar yang akan memenuhi dewan pada malam itu.

Namun apakan daya kita sebagai hamba....kerana perancangan ALLAH lebih mengatasi segala-galanya. Setelah 2 lagu diperdengarkan tiba2 tuppp.....lektrik takde....dugaan2.


traning duluuu

Namun kami mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak penganjur kerana sudi jemput kami dan kami juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas layanan yang baik terutama buat Ust. Mansor....insyaallah kita jumpa lagi.

Tuesday, January 11, 2011

BUATMU WANITA


Merdu suaramu mengalun bicara
Manis senyummu menutur kata
Lemah langkahmu sopan di jaga
maruah di bela dari dinoda

cantik dirimu bukan dari rupa
indah akhlakmu menawan di jiwa
menahan bujur panah asmara
bisikan syaitan merosak segala

setiap langkahmu tersusun indah
bukan kerana menggoda jiwa
namun itulah hiasannya
kecantikan wanita
anugerah dari yang esa

oh wanita sinarkan dirimu
dengan hiasan iman dan taqwa
moga terbela maruah di jaga
selamat dari nafsu durjana

pertahankan mahkota dan tahtamu
yang beharga hanya untuk suamimu
jangan biarkan ia dirampas mereka
yang berajakan nafsu di jiwa

........................................................................

Setitik keringatmu wanita
Amatlah besar nilainya
Disisi islam engkau utama
Melahirkan insan cemerlang
Pewaris kepada perjuangan
Didikanmu yang sempurna
Asas kegemilangan

Oh wanita engkau perhisan dunia
Berseri dengan wajah bercahaya
Disinar indah nilaian taqwa
Engkaulah wanita mulia
Wanita solehah



Saturday, January 8, 2011

RINDU SEORANG TEMAN

Berbisik syahdunya bergema
Suara rindu tak terhingga
Kepada memoriku yang lama
Bersama temanku semua

Indahnya ketika bersama
Menjalin ukhwah yang mesra
Membina jalinan bahagia
Antara kita semua

Oh teman dengarkanlah
Rintihan hati ini
Pilunya perasaan 
Mengenang kisah silam

Oh teman ku rindukan
Mesranya perhubungan
Di dalam perjuangan
Mencari keredhoan

Ya ALLAH tuhanku
Padamuku rayu
kuatkan iman di hatiku
Untuk menanggung
Bebanan rindu kepada
Teman-temanku




Friday, January 7, 2011

RINDU DEORANG ANAK

Tiada di dunia
Ibu jua ayahh
Sendirianku di sini
Terasa di hati rindu
Belaian manja kasihmu

Oh Ibu ku yang satu
Ku amat merindumu
Namun kau pergi tinggalkanku
Sedihnya hati
Hanya ALLAH ketahui
Kasihku buatmu ibu

Oh Ayah kasihmu
Masih bisa ku rasa
Pengorbanan yang mulia
Yang tiada nilaian
Kasih sayangmu
Oh ayah ku merinduimu

Dengarkan ya tuhan bisik hatiku
Doa kupanjatkan hanyalah kepadamu
Ampuni segala dosa ayah dan ibu
Tenang mereka di sana
Dan berjaya menuju ke syurga

Oh ibu dan ayahku
Sayangku padamu
Takkan pudar
Walau zaman beredar
Kerana engkaulah
Ayah dan ibu
Yang telah berkorban demiku
Ayah dan ibu

Wednesday, January 5, 2011

ADA CINTA DI HATI

Terasa di hati ku merindui
Sebuah cinta yang tak pasti
Terhanyutku di buai mimpi
Cinta apakah ini

Hadirnya menyenangkan jiwa
Gelisah tiada rasa
Dinginnya pelukan mesra
Itulah cinta yang ku damba

Bukan cinta manusia
Bukan cintakan harta
Pangkat jua rupa
Bukan yang ku cinta
Tetapi ia lahir dari jiwa
Cinta yang buat ku bahagia

Itulah cinta sejati
Yang abadi kekal hakiki
Selamanya tetap di hati
Membawa hingga ke syurgawi

Cintakan ALLAH itu sebenarnya
Segala cinta kerana dia
Kerana kasih dan jua cinta
Semua daripadanya

Itulah sebenarnya cinta
Yang ku cari selama ini
Rupanya yang ku alami
Cinta pada ilahii
Syukur padamu rabbi

Tuesday, January 4, 2011

SYUKUR

Sujudku
Syukur padamu tuhan
Di atas ketentuan
Nikmat yang ku rasakan
Anugerahmu tuhan

Ya ALLAH ku akui
Janjimu itu pasti
Kepada hamba ini
Yang mendambakan diri

Kau menguji ya allah
Hambamu ini
Adakah sabar
Atau kan kecundang

Kau redho Ya ALLAH
Kepada hamba yang redho
Dengan segala ujianmu
Kau murka Ya ALLAH
Pada hamba yang durjana
Yang derhaka pada takdirmu

Ujianmu di dunia
Menguji iman di jiwa
Antara hamba bertaqwa
Atau hamba yang derhaka

Ya allah nikmatku rasa
Bila sabarku dilambung masa
Terasa indahnya jiwa
Bila pintaku kau terima

Monday, January 3, 2011

DAPATKAN SEGERA....

ALBUM PERTAMA AS SOLIHEEN  '' SATU TEKAD ''



ANTARA LAGU-LAGU MENARIK :

* SATU TEKAD
* BUATMU IBU
* HAKIKAT KEHIDUPAN
* KELUARGA BAHAGIA
* DARAH MEMALI

___________________________________________________________________
TERBITAN :
SINAR PERMATA GEMILANG
___________________________________________________________________

DAPATKAN SEGERA....

Album ke2 FAIRUZ " ADA CINTA ADA RINDU ''




ANTARA LAGU-LAGU MENARIK :

* ADA CINTA ADA RINDU
*HANYA PADAMU
* RINDU PADAMU
* INSAN BERGELAR TEMAN
* ZULAIKHA




Segala karya di dalam blog ini adalah hak milik terpelihara.
Sebarang peniruan adalah dilarang
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More