Thursday, December 30, 2010

Program Memali Best

Pada 19 hingga 21 November 2010 yang lepas kumpulan nasyid Fairuz dan As Soliheen telah mengadakan persembahan nasyid selama 3 malam berturut-turut di mana pada malam yang pertama kumpulan Fairuz menghiburkan tetamu dengan nasyid mereka sebelum ceramah perdana dari Tuan Guru Hadi Awang dan penceramah yang lain pada malam itu. Malam kedua pula As Soliheen tampil menghiburkan hadiran yang hadir dengan lagu-lagu yang menyentuh jiwa seperti Mujahidun & Darah Memali sebelum pelancaran album As Soliheen '' Satu Tekad '' disempurnakan pelancarannya oleh Y.B Amiruddin Hamzah ( EXCO Kerajaan Kedah ) disaksikan Y.B Dato' Seri Anuar Ibrahim dan ribuan yang hadir. Walaupun di sebelah petangnya kumpulan As Soliheen telah mengadakan persembahan untuk program muslimat namun semangat mereka tidak patah diratah keletihan.

Lagu Darah Memali telah berjaya menghentak hati mereka yang mengikuti sejarah perjuangan ini dimana ada beberapa hadirin yang menitiskan airmata ketika mendengarnya. Walaupun program yang agak padat dengan urusan promosi album dan sekolah, namun kegembiran jelas terpancar di setiap raut wajah. Kumpulan Fairuz juga tidak ketinggalan pada pagi 20 Sept. dengan persembahan di Pondok PakYa sempena Ihtifal Sekolah menyebabkan kami tak sempat menjamah hidangan kerana terpaksa berpatah balik ke Memali untuk show As Soliheen dalam program Muslimat. Pada malam terakhir gabungan bersama kumpulan As Soliheen dan Fairuz dengan 4 buah lagu iaitu Darah Memali, Hakikat Kehidupan, Mujahidun dan Insan Bergelar Teman.

Di Memali kami menetap di sebuah rumah yang diuruskan oleh Ust. Fadil dan makan minum kami semuanya dekat rumah Ust. Fadil, best sangat2 sebab kami berkumpul bersama-sama, mandi dan terasa hebatnya kasih sayang dalam berukhwah. Semoga ukhwah diantara semua kami sentiasa segar. Wallahualam


 Persembahan As Soliheen sempena Majlis Memperingati 25 Tahun Memali

 Tengah beratur laaaa...nak mandi air panas

 Mandi dulu buang keringat keletihan

 Kesiannya....baru dapat makan

 Berkerjasama untuk makan tengahari

 Meriahnyaaa....best gotong royong masak makanan nii

 Lepa niii letih....sebab baru habis masak

Tonggak utama Nazor ( Fairuz ) & Bazli ( As Soliheen )

 Kesiannya....kena proses ayam sampai jadi gitu laa

Alaaa Azim niii drama ja lebih...lakonan semata-mata

Amboiii posing sakan ust2 niii..buat keje ke tak tu

 Ni laaa pemasak2 bujang ...tak tau laa rasa apa

 Promosi....macam2 ada ngan kamiii...album, minyak pelbagai minyak

 Ust. Fadil (Pengurus As Soliheen) & Muhammad Fikri ( Pengurus Fairuz )

 Lama tak jumpa.....bersama Sahidin yang hadir pada malam ketiga
Insyaallah kami akan bersatu semula untuk album ke3

 Bersama Ibu Ust. Fadil ketika nak pulang

Bergambar kenangan sebelum bertolak pulang

0 comments:

Post a Comment

Segala karya di dalam blog ini adalah hak milik terpelihara.
Sebarang peniruan adalah dilarang
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More