Terasa di hati ku merindui
Sebuah cinta yang tak pasti
Terhanyutku di buai mimpi
Cinta apakah ini
Hadirnya menyenangkan jiwa
Gelisah tiada rasa
Dinginnya pelukan mesra
Itulah cinta yang ku damba
Bukan cinta manusia
Bukan cintakan harta
Pangkat jua rupa
Bukan yang ku cinta
Tetapi ia lahir dari jiwa
Cinta yang buat ku bahagia
Itulah cinta sejati
Yang abadi kekal hakiki
Selamanya tetap di hati
Membawa hingga ke syurgawi
Cintakan ALLAH itu sebenarnya
Segala cinta kerana dia
Kerana kasih dan jua cinta
Semua daripadanya
Itulah sebenarnya cinta
Yang ku cari selama ini
Rupanya yang ku alami
Cinta pada ilahii
Syukur padamu rabbi
Wednesday, January 5, 2011
ADA CINTA DI HATI
Segala karya di dalam blog ini adalah hak milik terpelihara.
Sebarang peniruan adalah dilarang
0 comments:
Post a Comment